Monday, 30 April 2012

Orkid putih

Orkid Putih.....
Orkid ni dibeli pada tahun 2006...lama dah tak dipedulikan ..cikbugs biar ja bawah pokok limau purut tu... dulu masa tahun 96 masa cikbugs duduk di Shah Alam, ada la beli sepokok untuk Maktok cikbugs orkid putih sepasu masa tu baru RM7-00 tapi sampai sekarang dia berbunga dah siap berkacukan dengan orkid purple nanti kalau ada bunga Cikbugs shoot...

Penghujung tahun 2006 cikbugs kehilangan kerja selama 3 bulan...dan untuk menggumbirakan Cikbugs, somiku  telah membelikan beberapa pasu orkid dan yang idup cuma yang ini...kini Orkid ini bagaikan perlambangan sesuatu yang baru kerana Cikbugs akan memulakan kerja baru di Gurun...

Semoga semua putih berseri untuk diriku ini dan adikku... CikAngah...

Sunday, 29 April 2012

Encik Iskandar..SOS nasihat diperlukan

Cikbugs bernasib baik sebab depan umah adalah padang...maka di tepi2 padang ada tanah sket boleh la digunakan untuk menanam (terhad kepada depa yang rajin hehehehe) Ah Teck dulu yang banyak tanam pokok ni...limau purut, mottan (rambutan), nilam sari, petai (pun ada) pelam dan segala macam lagi dia yang tanam ...
tapi bila cikbugs nak tanam tak pulak menjadi...oleh itu cikbugs ingin meminta nasihat pakar tanam tanaman iaitu Encik Iskandar untuk cemana nak buat dgn persoalan tanah yang tak subur ini ...ehem ehem bukan cikbugs yang tak pandai menanam, tanah berpasir halus .....
cemana encik is..nak wat cemana bagi buleh tanam?

nenas ni dah 2 tahun rasanya ...tak berbuah pun

daun karapole...aka daun kari... pun ah teck punya warisan

CoqKodok n Nilam Sari

hujan turun selebat2 pada malam Sabtu yang lepas....guruh kilat sampai rasa bergegaq rumah. Kesian anak Cikbugs yang kecik, dia menangis sambil tutup mata dengan lengan...tersentuh pulak rasa hati cikbugs teringat anak2 kecil di palestin bila dihujani peluru dan bom agaknya begitulah reaksi mereka ...walau dipeluk dipujuk dia tetap takut sampai la dia tidoq dengan ayah dia...

coqkodok RTC
pagi tu cikbugs mangkit n buat coqkodok..kalau di Kedah n Utara bila kata cokqkodok dah paham dah mesti pisang tapi kalau di tempat len kata ja kodok mesti ada kodok2 lain tak semestinya pisang.... kodok ini dibuat dari pisang RTC d Tesco...ada sesetengah orang agak skeptikal dengan benda2 RTC ni mayb depa ingat RTC benda dah busuk dan expired sebenarnya RTC itu menghampiri tarikh luput kalau kita tengok masih elok kita beli la...apatah lagi mcm pisang yang ranum ia sangat sesuai buat cokqkodok n kek pisang... atau pun bawang2 leh gak kita cucuk tanam bawang rtc kan kan?


Ok, lepas saja siap kodok itew..cikbugs sajala nak tunjuk tumbuh2an yang terdapat di sekeliling umah cikbugs...
nilam sari... hehehe mcm lagu wings daaaaaaa
bunga nilam sari.... bunga buat hiasan, daun leh minum
mula2 sekali cikbugs nak tunjuk pokok ni... mayb ada orang tau ada orang tak penah tengok... pokok ni pun bukan cikbugs tanam ini warisan jiran sebelah umah Ah Teck yang tanam..... dah dia pindah pokok ni automatik jadi pokok depan umah cikbugs...nama pokok ni Nilam Sari... daun dia boleh rebus sampai jadi kaler mcm air lengkong dan rasa macam lengkong jugak... cikbugs tengok dalam buku katanya boleh rendahkan kolestrol..so bila rajin cikbugs pun rebuih la...

Owh ya...inilah gambaq dari kamera yang cikbugs beli dgn harga RM100...memang puas hati sesangat...rasa macam dapat free ja kamera ni.....

Friday, 27 April 2012

Koleksi CikBugs..gambar kahwen customer

Mayb sesetengah orang saja tau yang CIkbugs suka ambik gambaq... ya sangat suka tapi disebabkan oleh halangan-halangan yang sedia ada kekadang Cikbugs memang tak buleh nak buat banyak2 sekadar menjadi fotografer eksklusif gitu atas permintaan saja la (konon) maka di sini Cikbugs nak tunjukkan koleksi gambar2 kahwen yang cikbugs shoot..cikbugs malas nak letak watermark...tapi bak kata kenalan cikbugs di alam maya ini iaitu hernyhafiz...saya tahu gambar saya comel tapi jangan cilok lebih kurang mcm tu la maksudnya kan kan kan ....


Ini Kak Za...Cikbugs shoot d Guar Chempedak, Kedah

Ni kasut KakZa.... Cikbugs suka gambar ni

Ini tangan Kakza

Ini lak cincin Kak Za belatar belakangkan kamus Dewan hehehehe

Juwita di Lumut.....

Juwita jugak













Esok Cikbugs cuti ingat nak la bergarden sket apa yang patut lagipun dok tunggu benih yang Encik Iskandar pos, nanti sampai ja buleh tanam dah.... la ni pi siapkan tempat semaian dulu... Nanti ada gambaq kahwen yang baru Cikbugs letak lagi ya.....

Thursday, 26 April 2012

Hari Yang Meletihkan... CikBugs Terbang Lalala...

Pada tanggal 23 April 2012 (mcm hari ini dalam sejarah la pulak)
CikBugs telah menerbangkan diri dengan flight AirAsia ke KL sebab nak kena submit tender di Bangunan Pen Global kat Jalan Tandang PJ...
seawal jam 4.45pagi Cikbugs dah kuar umah2...adoiii pedih lagi mata ni dah la tidoq lambat semalam. Dipendekkan cita sampai saja Penang Airport dapat ja parking terus la masuk... sempat gak solat subuh kat surau airport yang luas tapi berlantai seramik saja..tak boh carpet pun kat surau.... tak tau kalau lepas siap renovation akan berlainan plak rupa surau ni kan....

 Inilah rupa buku yang menyebabkan Cikbugs hampir tertinggal flight masa nak balik...cerita yang mendebarkan rasa mcm menonton filem seram ja...tapi buku ini tidakkan dibaca oleh adik CikBugs ini..
http://aduhaianak.blogspot.com  seribu tahun takkan mungkin hahahahhaha. Ini gmbr masa dlm bus, bukan apa kot adik Cikbugs tak tau sat g dia ingat seat AirAsia mcm tu pulak...diakan tak layan AirAsia...dia MAS 4eva..hehehhehee

Ini pulak sarapan Cikbugs masa sampai di LCCT ..hmmmm masa tengok iklan kata RM4.70 saja tanpa tax tau tau masa nak bayaq jadi RM10.45 terkulat2 gak Cikbugs tetapi memandangkan banyak orang dok berbaris di belakang Cikbugs maka Cikbugs pun bayaq la....anyway boleh claim...so kita makan saja la..even nasik lemak cinta sayang lagi sedapppp.......

Ini pulak keadaaan laluan pejalan kaki nak masuk ke tempat dkt gate masuk ke flight tu, airport penang tengah renovate extravaganza..tu yang nak seremmmm ja seolah-olah novel yang cikbugs baca tu idup pulak di alam realiti....
Bila dah baca novel tu terasa nak mula menulis balik la ......semoga ada masa....
bz bz mcam ni sampai Cikbugs pun tak dan nak berkarya sedang kan idea ada manyakkk... (konon)

Thursday, 19 April 2012

Kotak Duit


Ni asalnya kotak cokelat dari langkawi...sayang pulak Cik Bugs tengok dia duduk saja atas peti ais tu sekian lama...so Cik Bugs ambikla buat decopaj huduh-huduh mcm ni...sekarang kotak cekelat ni dah jadi tabung untuk petty cash office dengan bergaya sekali... terima kasih untuk Cik Bugs sendiri kalu tak sampai sekarang depa dok guna kotak hp untuk simpan duit..... :)

Kerusi Antik

Kerusi antik ni Cik Bugs beli kat Ropewalk di penang lebih kurang 10 tahun lepas... kecik ja kerusi ni tapi memang boleh swing mcm kerusi yang sebenar... tinggi sama dengan pen...